Ahad, 25 Januari 2015

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian kepada Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya dan sesiapa yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari Pembalasan.

Keutamaan Bersedekah Jariyah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, atau ilmu yang boleh dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya" (Riwayat Muslim)

Umum mengetahui, bahawa melalui amalan sedekah jariyah, pahala akan terus 'mengalir' untuk si pemberi sedekah meskipun dia sudah meninggal dunia.

Oleh itu, amalan sedekah jariyah adalah menjadi pilihan orang yang bijak. Ini kerana, orang yang bijak adalah orang yang mengingati kematian lalu menyediakan persiapan sebaik-baiknya untuk keadaan selepas kematiannya.

Hal ini berdasarkan Hadis Nabi, iaitu apabila Nabi Muhammad ditanya tentang siapa dikalangan orang beriman yang paling bijak,
Baginda menjawab: "Yang paling banyak mengingati kematian diantara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang bijak." (Riwayat Ibnu Majah)

Kiranya, salah satu peluang yang baik untuk direbut ialah peluang untuk menyumbang dalam Tabung Dana Pembinaan Surau Taman Pulasan Jitra.

Pelaburan saham akhirat sedekah jariah sumbangan ikhlas ke Tabung Dana Pembinaan Surau Taman Pulasan Jitra.

Lokasi Surau Taman Pulasan Jitra :
2 KM dari Pekan Jitra
Berhampiran Kg. Manggol, Malau dan Kg. Kelubi.
Daerah Kubang Pasu, Kedah.

Assalamualaikum w.b.t,

Saya mewakili sebahagian dari Ajk Persatuan penduduk Taman Pulasan & ajk Pembinaan Surau Taman Pulasan Jitra dengan rendah diri memohon sumbangan derma ikhlas dari tuan / puan para dermawan bagi membina sebuah surau yang diidamkan oleh penduduk islam Taman Pulasan, yang selama ini menunggu hampir 7 tahun 2008 - 2015, Sumbangan dan derma amat diperlukan bagi merealisasikan pembinaan surau ini. Sepatutnya surau ini dibina sejak 2008 lagi, tetapi masih tidak dibina hingga sekarang.

Perasmian majlis pecah tanah tapak surau telah diadakan pada hari Sabtu 17hb Januari 2015 dirasmikan oleh YB. En. Aminuddin Bin Omar.

Kos pembinaan memerlukan dana sebanyak RM260,000.00 segala derma dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :

1) Nama : Jawatankuasa Surau Taman Pulasan
Akaun BIMB : 02039010073855

2) Nama : Persatuan Penduduk Taman Pulasan
Akaun CIMB : 8602165896


Tuan / Puan para dermawan bolehlah menghubungi pihak - pihak berikut untuk menyalurkan saham akhirat :

1. En. Shoberi Bin Hashim (Pengerusi) 0194770051

2. En. Khairul Nizam (Timb. Pengerusi) 0132857496

3. Pn. Siti Mariam (Setiausaha) 0197799951

4. En. Elyas (Bendahari) 0134424552

Insyaallah sumbangan dan bantuan sedekah jariah dari tuan / puan para dermawan, didoakan memperoleh ganjaran tak terhingga dari Allah S.W.T.

Wassalam.

Note : Mohon jasa baik muslimin muslimat semua utk forward iklan ini kepada ahli keluarga, kenalan, setiap contact dan group masing-masing.


Perasmian tapak surau Taman Pulasan Jitra di rasmikan oleh YB. Aminuddin Bin Omar Pada 17hb Jan 2015.




















Persiapan Temasya sukaneka & hari keluarga Taman Pulasan 2015 pada 17/01/2015.