Isnin, 16 Mac 2015

Pembinaan Surau Baru Taman Pulasan Fasa 1 bermula.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas segala ujian dan dugaan yang di berikan pada tarikh 15.03.2015 bersamaan 24 Jamadilawal 1436H projek pembinaan Fasa 1 surau baru Taman Pulasan telah pun bermula dengan nilai kos Rm33,000.00 hasil sumbangan ikhlas dari orang ramai serta para dermawan, terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka, walaupun baru bermula namun sinar yang sedikit ini sudah cukup untuk memanjatkan kesyukuran kepada ilahi...alhamdulillah..













Kos pembinaan memerlukan dana sebanyak RM260,000.00 segala derma dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
1) Nama : Jawatankuasa Surau Taman Pulasan
Akaun BIMB : 02039010073855
2) Nama : Persatuan Penduduk Taman Pulasan
Akaun CIMB : 8602165896
Tuan / Puan para dermawan bolehlah menghubungi pihak - pihak berikut untuk menyalurkan saham akhirat :
1. En. Shoberi Bin Hashim (Pengerusi) 0194770051
2. En. Khairul Nizam (Timb. Pengerusi) 0132857496
3. Pn. Siti Mariam (Setiausaha) 0197799951
4. En. Elyas (Bendahari) 0134424552
Insyaallah sumbangan dan bantuan sedekah jariah dari tuan / puan para dermawan, didoakan memperoleh ganjaran tak terhingga dari Allah S.W.T.

Perbincangan dan Tandatangan surat perjanjian diantara persatuan /perunding dan kontraktor utk Fasa 1 pembinaan Surau Baru Taman Pulasan.



Perjumpaan AJK Persatuan dan AJK Pembinaan Surau ke majlis perjumpaan bersama kontraktor binaan surau yang dilantik, perbincangan Fasa 1 pembinaan surau Taman Pulasan.

Tarikh : 09.03.2015 Isnin
Masa : 9.00 mlm
Tempat : No. 416 Lorong 7





Isnin, 9 Mac 2015

Mengukur Arah Kiblat Dan Tapak Surau Taman Pulasan Untuk Fasa 1


Sabtu, 7 Mac 2015
Jam 3.30pm - 4.30pm

      Alhamdulillah, shukur kepada Allah S.W.T, tanda arah kiblat dan mengukur tapak surau telah selamat dijalankan oleh pihak surveyor untuk Fasa 1, dengan anggaran bernilai RM100ribu lebih, hasil sumbangan ikhlas dari para dermawan setakat ini sebanyak RM33 ribu masih belum mencukupi utk menampung, hanya mampu untuk membina tapak dan kerangka sahaja.







      
        Sumbangan derma ikhlas dari tuan / puan para dermawan diperlukan bagi membina sebuah surau yang diidamkan oleh penduduk islam Taman Pulasan, yang selama ini menunggu hampir 7 tahun 2008 - 2015, Sumbangan dan derma amat diperlukan bagi merealisasikan pembinaan surau ini. Sepatutnya surau ini dibina sejak 2008 lagi, tetapi masih tidak dibina hingga sekarang.
Kos pembinaan memerlukan dana sebanyak RM260,000.00 segala derma dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
1) Nama : Jawatankuasa Surau Taman Pulasan
Akaun BIMB : 02039010073855
2) Nama : Persatuan Penduduk Taman Pulasan
Akaun CIMB : 8602165896
Tuan / Puan para dermawan bolehlah menghubungi pihak - pihak berikut untuk menyalurkan saham akhirat :
1. En. Shoberi Bin Hashim (Pengerusi) 0194770051
2. En. Khairul Nizam (Timb. Pengerusi) 0132857496
3. Pn. Siti Mariam (Setiausaha) 0197799951
4. En. Elyas (Bendahari) 0134424552
Insyaallah sumbangan dan bantuan sedekah jariah dari tuan / puan para dermawan, didoakan memperoleh ganjaran tak terhingga dari Allah S.W.T.
Wassalam.
Note : Mohon jasa baik muslimin muslimat semua utk forward iklan ini kepada ahli keluarga, kenalan, setiap contact dan group masing-masing.

Program Kesedaran HIV/AIDS Peringkat Daerah Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu Dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Taman Pulasan Jitra

Sabtu, 7 Mac 2015
Jam, 7.00am - 2.00pm
Tempat, Padang Permainan Taman Pulasan.

     Pihak jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Pulasan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Urusetia Pejabat Kesihatan kerana sudi mengadakan satu program Kesihatan yang berguna dan bermanafaat kepada Penduduk Taman Pulasan. Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang amat baik, terima kasih juga kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana mengawal keselamatan jalanraya ketika penduduk Taman Pulasan menjalankan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah dijalanraya.

      Jawatankuasa juga mengharapkan usaha murni program-program lain yang bermanafaat seperti ini diteruskan untuk masa-masa yang akan datang, Semoga program kesihatan ini menjadi satu ibadah bagi mengeratkan silaturrahim sesama penduduk di Taman Pulasan, serta mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T kerana menjaga kesihatan amat-amat dituntut di dalam agama, insyallah...