Jam, 7.00am - 2.00pm
Tempat, Padang Permainan Taman Pulasan.
Pihak jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Pulasan mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Urusetia Pejabat Kesihatan
kerana sudi mengadakan satu program Kesihatan yang berguna dan
bermanafaat kepada Penduduk Taman Pulasan. Aktiviti yang dijalankan
mendapat sambutan yang amat baik, terima kasih juga kepada pihak Polis
Diraja Malaysia kerana mengawal keselamatan jalanraya ketika penduduk
Taman Pulasan menjalankan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah
dijalanraya.
Jawatankuasa juga mengharapkan usaha murni program-program lain yang
bermanafaat seperti ini diteruskan untuk masa-masa yang akan datang,
Semoga program kesihatan ini menjadi satu ibadah bagi mengeratkan
silaturrahim sesama penduduk di Taman Pulasan, serta mendapat ganjaran
pahala dari Allah S.W.T kerana menjaga kesihatan amat-amat dituntut di
dalam agama, insyallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan